Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberitahu beliau merupakan individu yang menepati janji.



"Saya spesis berbeza. Kalau berjanji, saya menepatinya," katanya ketika memulakan ucapan pada Majlis Apresiasi Tokoh Sarjana : Penerima Anugerah Buku Negara 2015, merujuk kepada penghargaan daripada Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara, Hasan Hamzah susulan penglibatan beliau dalam pelaksanaan majlis tersebut.

"Saya ingin merafakkan syukur kepada ALLAH kerana dalam tempoh 40 hari dari janji yang telah saya lontarkan, kita dapat bertemu lagi dalam majlis ini. Kerana lazimnya ahli-ahli politik, apatah lagi yang berjawatan, sering dikonotasikan sebagai mereka yang suka berjanji tapi tidak...dan jarang menepati janji," katanya