Seorang lelaki berumur lingkungan 30-an cedera parah, manakala seorang kanak-kanak berusia enam tahun cedera ringan dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) petang ini.



Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Datuk Yahya Madis berkata kemalangan itu yang membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah bas ekspres berlaku kira-kira pukul 5.30 petang selepas Terowong Menora arah selatan.Yahya berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai pada 5.53 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Mangsa yang cedera parah akibat tersepit dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba," katanya sambil menambah identiti kedua-dua mangsa dan kenderaan yang dinaiki belum dikenal pasti.Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut.