Gunung Pulai, Kedah kini ada Malim Gunung

Persatuan Malim Gunung Pulai menyediakan 34 orang malim bagi membantu orang ramai mendaki gunung tersebut.

Pemandangan dari Gunung Pulai - Foto Oleh JoniSalleh

Ketuanya Mohd Nazri Hamid berkata kesemua malim telah dilatih termasuk  aspek keselamatan bagi membantu pendaki.

"Gunalah khidmat malim untuk mengelak daripada tersesat ketika mendaki gunung," katanya.
Gunung Pulai di sini adalah setinggi hampir 600 meter dengan mempunyai lapan gua yang boleh dimasuki. Orang ramai yang ingin mendapat khidmat malim boleh menghubungi Mohd Nazri di talian 013-4558266.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com