Bapa pemain badminton nombor satu negara, yakin anaknya Datuk Lee Chong Wei, boleh mengalahkan pemain China Lin Dan dalam perlawanan separuh akhir badminton Sukan Olimpik malam ini, jika dia fokus.

Lee Ah Chai berkata, itu juga nasihat beliau sebelum anaknya berangkat ke Rio de Janeiro supaya anaknya bermain seperti biasa, fokus dan tidak tertekan dengan keadaan sekeliling.

"Kamu pasti boleh!", nasihat bapanya yang menegaskan Chong Wei sangat komited untuk melakukan yang terbaik buat negara kerana ini mungkin peluang terakhirnya bertanding di sukan berprestij itu.