Kereta Proton Perdana EMAS untuk atlet Malaysia


DRB-HICOM Bhd. dan Proton Holdings Bhd. menawarkan hadiah istimewa kepada para atlet negara yang melakar kejayaan dengan meraih pingat pada sukan Olimpik Rio 2016.

Mengumumkan ganjaran itu, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar berkata, atlet yang berjaya mendapat pingat emas akan diberi ganjaran sebuah kereta Proton Perdana 2.0 manakala pemenang pingat perak menerima kereta Proton Suprima S.


“Sebuah kereta Proton Iriz akan dianugerahkan kepada atlet yang membawa pulang pingat gangsa. Semoga berjaya kepada semua kontinjen negara yang berjuang di Sukan Olimpik Rio,” katanya di sini hari ini. 


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com