MANILA - Remaja digelar 'gadis tertua di Asia' meninggal dunia pada umur 19 tahun minggu lalu.‎ Ana Rocella mengidap penyakit ganjil, sindrom Hutchinson-Gilford yang  menyebabkan badannya kelihatan berumur lapan kali lebih cepat daripada biasa.

Menurut badan amal yang berkempen mengenai penyakit genetik berpengkalan di Amerika Syarikat, Progeria Research Foundation mengesahkan Ana Rocella meninggal dunia minggu lalu.Memetik Daily Mail, dua tahun sebelum kematiannya, doktor menyifatkan Ana kelihatan seperti berusia 136 tahun dengan kedutan ketara di muka serta kakinya.

Namun di sebalik kesukaran hidupnya, Ana menikmatai kehidupan normal sepenuhnya.Malah dia baru-baru ini dilihat menyambut ulang tahun kelahiran ke-18 yang turut diraikan oleh idolanya iaitu penyanyi Filipina, pelakon dan personaliti televisyen, Sarah Geronimo.