Punca kolam renang Olimpik Rio kehijauan ditemui!

Baru-baru ini ketika menonton kejohanan Olimpik Rio 2016, ramai yang tertanya-tanya tentang warna air kolam yang berubah menjadi kehijauan sehingga ada yang menganggap ia diakibatkan oleh kekotoran air.

Ew. Photo credit: Getty images
Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila salah seorang petugas operasi kolam tersebut secara tidak sengaja telah tertumpahkan 160 liter hidrogen peroksida ke dalam kolam yang antara lain telah menyebabkan air kolam yang dirawat menggunakan klorin itu menjadi neutral.

Keadaan ini mengakibatkan pertumbuhan alga yang banyak sehingga mewujudkan warna hijau. Kini, ia telah dipulihkan melalui kaedah rawatan yang sepatutnya oleh pihak penganjur.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com