Tak perlu tukar Ketua Pembangkang - Salahuddin Ayub

SHAH ALAM – Belum ada keperluan menggantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada jawatannya sebagai ketua pembangkang dengan pemimpin lain.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, tiada ada sebarang perbincangan untuk menjadikan Presiden Penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang yang baharu.


“Kedudukan Wan Azizah dalam Parlimen sebagai ketua pembangkang tidak perlu diubah. Beliau telah menjalankan tugasnya dan saya merasakan tiada keperluan menukar ketua pembangkang yang baharu.Muhyiddin bagaimanapun boleh memainkan peranannya dalam bidang lain termasuk politik yang memerlukan pengalaman beliau,” katanya.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com