Benarkah Pulau Pinang hab dadah?

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan pihak berkuasa Thailand bahawa Pulau Pinang adalah hab pengedaran dadah. 

Tegasnya, dakwaan itu adalah tidak tepat berikutan dadah berkenaan dibawa masuk dari Thailand yang merupakan salah sebuah negara segi tiga emas atau pengeluar dadah terbesar dunia. 

"Dalam isu dadah ini kita tidak boleh kata sebagai hab atau pusat. Golden Triangle adalah pengeluar dadah terbesar di dunia. Thailand adalah sebahagian dari Golden Triangle," katanya dalam sidang media selepas majlis pemakaian pangkat kepada sebelas pegawai polis dan serah/terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman kepada Datuk Abdul Ghafar Rajab di Bukit Aman.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com