Perdana Menteri Israel panggil 14 duta negara UNSC

Israel memanggil 14 duta negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCS) yang mengundi menyokong resolusi penyelesaian aktiviti penempatan Yahudi, kata jurucakap Kementerian Luar. 

Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman menegur cara pengundian dan turut mengumumkan pada Ahad bahawa Israel sudah memutuskan penyelarasan awam dengan rakyat Palestin. Jurucakap Kementerian Luar, Emmanuel Nahshon, berkata 14 wakil anggota UNCS bakal melawat kementerian itu di sini. 

Wakil Amerika Syarikat tidak menyertai lawatan itu. UNCS meluluskan resolusi itu pada Jumaat selepas Amerika Syarikat berkecuali, membolehkan penerimaan resolusi pertama sejak 1979 bagi mengutuk Israel terhadap dasar penempatannya.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com