Salji di Gurun Sahara mengujakan netizen

ISNIN lalu, beberapa keping foto yang memaparkan kawasan Gurun Sahara diselimuti salji menarik perhatian dunia.
Gambar-gambar yang dirakam oleh seorang jurugambar amatur, Karim Bouchetata menunjukkan padang pasir gersang yang kering di sebuah bandar kecil bernama Ain Sefra. Kawasan itu terletak di Pergunungan Atlas di Algeria iaitu sebelah utara Gurun Sahara.
Kejadian tersebut dianggap cukup mengujakan kerana siapa sangka, salji boleh turun di sebuah kawasan yang secara purata mencatatkan suhu sekitar 30 darjah Celsius itu.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com