Tanah runtuh dan pokok tumbang di Cameron Highlands

Hujan lebat di kawasan tanah tinggi Cameron pada Ahad mengakibatkan berlaku runtuhan kecil tanah di beberapa tempat serta banjir kilat petang tadi. 

Jurucakap polis berkata, pihaknya menerima laporan berlaku kejadian tanah runtuh di Kilometer 55, Jalan Ringlet - Tanah Rata, berhampiran Bharat Tea menyebabkan lorong kiri dari Tanah Rata ke Ringlet ditutup sementara selama lebih sejam untuk kerja-kerja pembersihan. 


Katanya, terdapat juga kejadian tanah runtuh kecil di Kilometer 59 laluan Ringlet - Tanah Rata berhampiran Pangsapuri Oly tetapi tidak menutupi jalan, bagaimanapun sebagai langkah keselamatan hanya satu lorong dibuka dan papan tanda amaran diletakkan di kawasan itu. Beliau berkata, kejadian tanah runtuh juga berlaku di kawasan kuarters Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Jalan Tengkolok dan juga di Jalan Perdah di Tanah Rata, tetapi keadaan adalah terkawal dan tidak berbahaya.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com