Carian imej di Google kini boleh membantu anda untuk mengenalpasti pilihan aksesori atau pakaian yang bersesuaian dengan imej yang anda cari.

Sebagai contoh, sekiranya anda membuat carian beg tangan yang sesuai dengan anda, maka hasil carian Google akan turut memperlihatkan jeans aau blouse yang sesuai untuk digayakan bersama beg tangan tadi.

Keupayaan yang dinamakan sebagai "style ideas" ini bakal melonjak jualan fesyen yang menggunakan platform atas talian sebagai tujuan pemasarannya.