Sesi Dialog TN50 di Seri Perdana Putrajaya mengalami kekecohan apabila pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) Datuk David Teo ditampar pelakon veteran Sulaiman Yassin (atau lebih dikenali sebagai Mat Over) dipercayai kerana bersikap ‘kurang ajar’ di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



Kejadian berlaku ketika beliau cuba bertanyakan soalan pada sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan) yang dihadiri kira-kira 400 orang karyawan seni negara.

David dilihat bertegas mahu bertanya kepada moderator dialog iaitu pelakon Datuk Rosyam Nor namun tidak diendahkan. Ketika itulah kelibat Mat Over kelihatan dari belakang pentas menuju ke arah David lalu menamparnya.