Google mahu internet yang lebih cepat! Inilah caranya

Teknologi internet yang terus berkembang memerlukan kelajuan yang seiring dengan keupayaan yang dibawakan menerusi capaian internet. Bagi memastikan keperluan ini tercapai, Google kini merancang untuk mengimplimentasikan algoritma baru bagi mengawal kesesakan yang berlaku menerusi BBR (Bottleneck Bandwidth and Round-trip propagation time).

Jurutera Google sedang membangunkan algoritma kawalan kesesakan
baru yang, setelah integrasi, dapat mempercepatkan seluruh internet.
-Foto Google Data Centre
Menerusi algoritma yang telah diseragamkan pada 1980-an, ia mampu mengesan dan bertindakbalas dengan perlakuan yang memperlahankan pemindahan data.Maka dengan pengenalan BBR, ia akan membenarkan pengguna (syarikat atau individu) untuk menggunakan platform awan Google mengakses data dengan kelajuan yang lebih optimum.


Oleh yang demikian, dengan pengaplikasian algoritma baru ini, dijangka impak besar akan dirasai pengguna kerana kelajuan internet meningkat (biarpun pada peratusan yang kecil) tetapi ia sekaligus meningkatkan keupayaan ke dan dari internet.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com