Penduduk di sebuah kejiranan di Mumbai, India gempar apabila sekumpulan anjing berwarna biru berkeliaran di jalanan.Penemuan anjing dengan warna aneh itu menjadi perhatian ramai selepas foto dan video mengenainya mula tular di media sosial seluruh dunia.
Kumpulan haiwan berkenaan dipercayai sering mencari makanan dekat Sungai Kasadi berhampiran Kawasan Perindustrian Taloja Navi, Mumbai yang memungkinkan perubahan kepada warna bulu mereka.
Bagaimanapun, tinjauan daripada pihak Lembaga Kawalan Pencemaran Maharashtra (MPCB) pada Jumaat mendapati, terdapat sebuah kilang yang terletak berhampiran sungai berkenaan menggunakan pewarna biru untuk beberapa tujuan, termasuk membuat bahan pencuci. Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada portal berita tempatan, pihak MPCB telah mengeluarkan notis amaran kepada syarikat berkenaan untuk menghentikan pelepasan sisa berkenaan ke sungai.
0 comments:
Post a Comment