Bongkah ais seluas Negeri Sembilan kini merekah, ancam kenaikan paras laut

Bongkah ais seluas lebih 5,000km persegi (seluas Negeri Sembilan) kini semakin rapuh yang dikesan sejak 12 Julai lalu menimbulkan kerisauan bagi saintis seluruh dunia kerana rekahan yang tidak seimbang itu dikhuatiri runtuh dan mempercepatkan aliran ais ke laut.

Foto Oleh: A. Fleming / British Antarctic Survey

Imej satelit yang dikongsikan British Antartic Survey menunjukkan rekahan itu semakin melebar sehingga lebih 5 kilometer. Anna Hogg dari University of Leeds menerusi laporannya memberitahu rekahan itu menyebabkan beberapa siri runtuhan ais yang kelihatan seperti arus deras di sungai.

Jelasnya, rekahan ais itu kini masih bertahan di kawasan daratan tetapi ia berpotensi untuk terus runtuh ke laut, sekaligus bakal meningkatkan paras laut sedunia.





FOTO:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com