Air kosong sememangnya pilihan terbaik untuk manfaat kesihatan malah ia banyak membawa kebaikan terutamanya buah pinggang yang sihat, mood yang lebih baik, tenaga yang banyak dan kolestrol lebih rendah.

Lebih panas air kosong yang diminum, lebih baik kesannya - Foto Shutterstock

Akan tetapi, air suam memberi kesan lebih kepada individu yang mengamalkannya kerana ia meransang pencernaan kerana ia mampu membantu memecahkan makanan mellaui usus. Di samping itu, ia juga membolehkan toksin dalam badan dibersihkan semasa berpeluh dan buang air kecil.

Lebih menarik menurut Johnston UNC Health Care , ia meningkatkan peredaran darah termasuk deposit lemak. Otot juga punyai lebih rehat selepas proses pengembangan arteri dan urat berlangsung semasa menikmati air suam. Bila organ dalaman sihat, maka peluang untuk hidup lama lebih tinggi kan?