Usaha menyelamatkan bumi dari gangguan makhluk asing mungkin hanya wujud dalam filem sains fiksyen selama ini. Akan tetapi keperluan untuk mewujudkan 'Pegawai Perlindungan Planet' oleh NASA dilihat amat siginifikan dengan masalah pencemaran sampel yang dialami mereka di Marikh.

Kredit foto: Getty Detlef van Ravenswaay


Kita tahu, menerusi misi Curiosity dan yang bakal dilancarkan Mars 2020, sampel yang diambil bagi menentukan kewujudan hidupan di sana amat kritikal dan perlu dianalisis tanpa wujud sebarang gangguan atau pencemaran dari kawasan sekitar.

Maka dengan itu, jawatan kosong di NASA ketika ini menjadi perhatian apabila ia dilihat sedikit aneh, tetapi sememangnya wujud! Boleh lihat tawaran perjawatan oleh NASA di sini.