Saintis USM berjaya temui bahan penting dalam mewujudkan 'plastik organik' atau plastik boleh urai

Kerjasama saintis dari Universiti Sains Malaysia (USM) bersama Institut Sains dan Teknologi NARA (NAIST), Jepun berjaya menemui mikrob yang boleh menghasilkan molekul plastik boleh urai seperti bahan organik yang lain.

Enzim PHA yang ditemui bakal membolehkan penciptaan plastik organik - Foto USM


Pembangunan plastik mesra alam sekitar ini dikenali sebagai PHA menggunakan mikrob yang dijumpai di Telaga Tujuh, Langkawi mempunyai enzim dikenali sebagai sintes PHA.

Enzim sintes PHA merupakan bahan yang paling dikehendaki dalam mewujudkan bahan plastik boleh urai menjadikannya bahan mesra alam. Ia membolehkan unit kecil bahan kimianya membentuk rantaian molekul plastik yang sangat panjang dan bakal digunakan dalam kehidupan seharian di masa depan.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab jenguk TigaPara, korang ada cadangan / kritikan?

Emailkan kepada kami@tigapara.com