KJ, Noh dipecat, Hishammuddin, Shahril digantung keahlian UMNO

KJ, Noh dipecat, Hishammuddin, Shahril digantung keahlian UMNO



Selepas beberapa siri pertelagahan dalaman UMNO, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akhirnya dipecat daripada parti itu.

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato' Onn di sini, malam tadi yang turut membabitkan beberapa nama besar yang lain, menurut Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar juga dipecat keahliannya, selepas beliau meminta untuk dirinya dipecat kerana tidak mahu dirinya digantung selama enam tahun, dan sehubungan itu, UMNO akur dengan permintaan beliau.